Last posting pasal member bertunang, so posting kali ni agak berat bagi aku coz jumaat ni aku akan ke Krabi Thailand untuk menghadiri seminar yang di anjurkan oleh UTUSAN MEDIA SALES SDN BHD & UTUSAN AIRTIME SDN BHD tempat aku keje. So kami semua akan berlepas dari Kuala Lumpur pada Jumaat 06/02/09 dan akan pulang pada 09/02/09.
Perasaan aku bercampur baur antara seronok, sedih dan mcm2 lagi. Kenapa seronok? coz aku dapat ke negara orang secara percuma, kalau nak harap duit sendiri x tau bila nak pegi. Kenapa sedih...? sebab pertama aku kena tinggalkan anak bini kat kl (nanti abang belikan apa2 yg patut ye sayang..) yg kedua x dapat nak join tag along ngan bro kanawari... (xpe la mungkin rezeki xde lagi kot nak join tag along ngan otai fotografi ni, sorry bebanyak bro coz susahkan bro..).
Trip kali ni agak berat buat aku coz yg pertama aku di tugaskan menjadi penolong kepada sound man masa majlis berlangsung, kedua kena jadi song selector untuk setiap presentor n setiap kali break (mcm keje DJ radio lak), ketiga sebagai paparazi bebas untuk merakam segala gambar (OP la tu). Pening... pening... pening... kene buat 3 keje dalam masa 1 event, tapi bila bos aku ckp yg dia pasti aku bleh buat so aku akan sahut cabaran dari mereka semua. Harap-harap semua berjalan dengan lancar... Oh lupa lak!!! aku gak kene present something yg sampai sekarang aku x tau nak present apa... (kuang..kuang...kuang... aarrrggghhhh tensionnya...)
So untuk korang semua, just tunggu je gambar-gambar yg akan terkeluar di blog ni semasa aku bekerja di Krabi Thailand. Tunnngggguuuuu.....!!!!!
Wednesday, February 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment