Friday, February 13, 2009

Sales Kick Off Seminar@Krabi Thailand - 3

So lepas semuanya kekenyangan makan tgh hari di Kualakasai Restaurant kami semua meneruskan perjalanan ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel, kami telah di bawa ke kawasan pantai yg menempatkan fosil siput yg terbesar di Thailand yg berumur berjuta-juta tahun. Suasana di kawasan pantai tersebut amat menarik & terdapat lebih dari sepuluh buah kedai menjual cenderahati yg berasaskan siput atau haiwan bercengkerang. Harga yg di tawarkan agak tinggi (coz yg datang semua pelancong) tetapi masih boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga yg berpatutan. "Have a brake have a kit kat", so kita layan gambar dulu...


The World Mollusc Fossil Site - Krabi Thailand


keindahan pantai yg menempatkan fosil cengkerang/siput terbesar di dunia


org kat situ kata "bunga orkid la..." ye ke????

sebenarnya cuaca di Krabi Thailand agak panas, sekitar 30 cel-34cel kalau x silap aku la mungkin kerana di kawasan tu di kelilingi oleh laut. So sesiapa yg ingin bercuti di Krabi Thailand aku rekomenkan mereka membawa moisturizer, sun block dan lip gloss coz leh la cover kulit dari hitam tapi kalau dah hitam x dapek den nak nolong la... Mengikut penerangan dari Tour Guide dalam bas kami, dia kata dari bulan Januari hingga awal April adalah musim panas dan yg selebihnya musim hujan tetapi dari bulan September hingga Disember hujan yg turun agak lebat. Sepanjang 4 hari aku kat sini, mmg x hujan langsung tapi mlm terakhir cuma gerimis x sampai 10 minit. So, kita layan gambar lagi ek...


laut yg terbentang luas


daun-daun pokok yg hanya beberapa helai sahaja akibat cuaca yg panas (gugur kepanasan)


cenderahati dari hasil laut


antara hasil laut yg boleh di jadikan kenangan


topi dan ribuan siput serta cengkerang yg di jadikan tirai pintu/tingkap


GAJAH adalah haiwan simbolik untuk THAILAND


gerai bergerak yg menjual buah-buahan, air dan "SOM TAM"

Dalam keadaan yg teramat panas terik, sambil mata aku melilau melihat keindahan tiba-tiba aku terpandang sebijik moto HONDA C50 yg agak pupus untuk dilihat di Kota Kuala Lumpur tapi aku sempat gak shot gambar moto tu. Nak tgk...??? Scroll ur mouse ke bawah


ni la HONDA C50 yg dah agak susah nak jumpa di KL


deretan kedai yg menjual pelbagai cenderahati


bas yg membawa rombongan kami


antara pelancong yg membiarkan kulit mereka di bakar oleh terik mentari

Selepas lebih kurang 1 jam kami semua di pantai fosil kerang kami terus bertolak ke hotel untuk "check in hotel". Setibanya kami di hotel kami telah disambut oleh penyambut tetamu hotel siap dengan muzik lagi, actually bukan hotel tapi resort... Kami sampai kat PAKASAI RESORT & SPA lebih kurang kul 4 petang waktu Thailand (aku x tau nak panggil apa band yg mengiringi kami ni, yg pasti semua staff hotel gak) kita tgk gambar lagi ok... (waktu Thailand atau lebih tepat di Krabi lambat 1 jam dari waktu kita di Malaysia)


banner yg terpampang depan hotel/resort


pasukan sorak "Pakasai Resort"


rehat sebentar sambil minum, lap muka sblm dapat kunci bilik...


bukan main penat lagi... panas lak tu, nasib ada tuala yg leh segarkan muka aku...

No comments:

Post a Comment