Wednesday, December 31, 2008

Zila Wedding


Selamat Pengantin Baru buat Zila & pasangan (sorry x ingat nama husband). Majlis yang cukup meriah ni berlangsung di Dewan Taman Melati siap ada konvoi dari PROPERD TEAM lagi... rasanya husband dia ni geng PROPERD kot kalau tak x kan team ni turun ye tak...(kalau salah maap yea). Actually pengantin pempuan tu member aku... mcm biasa la, aku datang snap beberapa gambar pastu makan, minum jumpa mak bapak pengantin then setelah kenyang n dah dapat apa yg aku nak apa lagi...


Anyway, sekali lagi aku ucapkan Selamat Pengatin Baru buat Zila n Husband semoga kekal hingga ke akhir hayat... Layannnn...

Wedding Photo

Pengantin x nak lepaskan peluang bergambar dengan motor kesayangan... motor ni la yg bawak si ayu kemana saja destinasi mereka masa bercinta (nak tau mana diorg selalu pegi masa bercinta... tanya sendiri denganpengantin...)

Actually aku ni bukanlah OP(official photographer) untuk pasangan ni tapi saje-saje menyibuk je hari tu. Ada 3 org photographer masa hari tu termasuk aku. Apa-apa pun thanks to brade helmy(OP) & Fitri (Geng kakilensa dari Penang)
*Fitri tu member aku gak,keje je kat Penang...

Pasangan Raja Sehari Suffian & Ayu. Gambar yg telah di edit sendiri oleh spade len's team & lokasi adalah di bawah trek LRT antara stesen Jelatek & Setiawangsa (depan umah pengantin lelaki). Actually pengantin lelaki ni member umah aku... anyway Selamat Berbahgia hingga akhir hayat buat pasangan Suffian & Ayu (gambar korang dah siap aku edit tapi x print je, nanti ko print la sendiri ok... Layannnn....

Terbuka kepada semua...

Blog ini terbuka kepada semua bukan untuk ahli ahli sahaja seperti yg pipaparkan pada gambar di atas, so tunggu apa lagi... segala komen, kritikan & apa-apa sahaja asalkan tidak menyinggung mana-mana pihak amatlah dialu-alukan...

Selamat Datang

Salam to all...

Selamat datang ke blog rasmi Spade Len's Media. Blog ini di ilhamkan oleh saya sendiri sebagai penulis, pengedit & lain-lain... Blog ini sebenarnya dihasilkan untuk mempersembahkan karya-karya gambar saya yg diambil menggunakan lensa kamera saya dan di edit sendiri oleh saya dan beberapa rakan-rakan saya yg lain... Apa yg anda akan dapat lihat diblog ini adalah gambar-gambar perkahwinan, kenangan, pemandangan, flora & fauna, haiwan, potret dan lain-lain asalkan ianya di sebut gambar.

Selain dari itu, saya juga mengalu-alukan kepada semua untuk memberi pandangan serta komen yg membina untuk saya mempertingkatkan lagi persembahan saya di blog ini. Nantikan kemunculan gambar yg pertama di blog ini, sekian...