Wednesday, February 25, 2009

Otai Basikal Malaysia

Posting kali ni masih lagi pasal LTDL lagi tapi aku nak cerita pengalaman aku masa aku pegi shot gambar kat area Jalan Pasar, Tun Perak dan sekitar Dataran Merdeka. Memang boleh dikatakan meriah hari tu coz ramai juga peminat lumba basikal dari dalam & luar negara yg datang menjenguk LTDL 2009. Tidak juga di nafikan ramai juga jurugambar-jurugambar yg datang untuk mengabadikan detik yg hanya ada setahun sekali di Malaysia termasuklah aku. Aku kagum dengan semua jurugambar yg ada pada hari tu, pelbagai gelagat yg dapat aku saksikan antaranya ada yg terbaring, menonggeng, bersila, berdiri, menyarap dan berbagai aksi lagi. Disini aku rasakan aku ni kecil sangat kerana melihatkan senjata-senjata yg mereka bawa untuk mendapatkan hasil yg terbaik, ada yg bawa 3 kamera seorang pun ada.
Nak di jadikan cerita, sedang aku menembak dikawasan Dataran Merdeka di mana hanya 200 meter ke garisan penamat tiba-tiba aku terpandang seseorang yg cukup sinonim dengan lumba basikal Malaysia suatu ketika dahulu. Tanpa berfikir panjang aku terus halakan senjata ku kearah beliau, dengan tidak disangka-sangka mungkin menantu beliau telah terperasan aku akan mengambil gambar beliau, dengan pantas menantunya menyapa beliau untuk melihat ke arah aku. Selepas itu aku terus menyapa beliau dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan senyuman beliau menghulurkan tangan sambil berkata "wah, minat amik gambar ye...", aku hanya mengangukkan kepala dan bertanyakan khabar beliau.
Setelah hampir 10 minit berbicara aku meminta izin untuk beredar... di sepanjang pengamatan aku, xde seorang pun yg menyapa beliau mungkin mereka tidak kenal dengan beliau tetapi bukan hanya beliau yg ada di situ bersama cucu & menantu tetapi anak beliau juga adalah jaguh basikal Malaysia. Mungkin di kalangan orang ramai tidak perasan dengan kehadiran beliau & anaknya tetapi aku bangga dapat mengambil gambar beliau walaupun tidak sesempurna yg aku inginkan... Beliau yg aku ceritakan di atas adalah NA ROSLI... PELUMBA@OTAI LUMBA BASIKAL MALAYSIA dan BELIAU ADALAH BAPA KEPADA NOR AFFENDY ROSLI JUGA JAGUH LUMBA BASIKAL MALAYSIA YG SEZAMAN M.KUMARESAN...


Otai Basikal Malaysia bersama cucu yg lena tidur di pelukannya...

No comments:

Post a Comment